Hi, how can we help?

[Penghantaran] Apakah itu SPX In-app Chat (IAC)?

Bahasa Malaysia | English
 
In-app Chat (IAC) ialah platform pemesejan dalam aplikasi Shopee yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan penjual, khidmat pelanggan Shopee, dan penghantar SPX. Bermula 21 April 2025, semua komunikasi berkaitan penghantaran antara pengguna dan penghantar akan dipindahkan ke IAC. Peningkatan ini bertujuan untuk melancarkan interaksi dan menambah baik pengalaman penjejakan pesanan anda.
 
⚠️ Makluman Penting:
 
Langkah Mengaktifkan Pemberitahuan Aplikasi Shopee:]
 
6af9a213b8ab47adb1c17ca7c8c47f86.gif
Langkah 1: 
Pergi ke tab Saya

Langkah 2: Klik pad ikon Tetapan
Langkah 3: Klik pada Tetapan Pemberitahuan
Langkah 4: Klik pada Notifikasi
Langkah 5: Aktifkan Notifikasi yang berkaitan

Sila pastikan pemberitahuan aplikasi Shopee diaktifkan untuk terus mendapat makluman terkini mengenai penghantaran anda.
 
Cara menggunakan In-App Chat 
 
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan In-app Chat: 
 
Halaman Utama Aplikasi
 
efa987f87bd64a0c821ea227ebe0ced9.gif
 
Langkah 1: Klik ikon Mesej
Langkah 2: Lihat Log Sembang
 
Halaman Penghantaran Pesanan
 
9ee31fbbec804f029d93876b4d58076d.gif
 
Langkah 1: Klik tab Saya
Langkah 2: Klik tab Untuk Diterima 
Langkah 3: Pilih pesanan
Langkah 4: Klik pada Maklumat Penghantaran 
Langkah 5: Klik ikon Mesej

Penghantar akan dilabel dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan.
 
Cara Berbual dengan Penghantar melalui IAC
 
d7fd2f90086243f298835e6c485c629a.gif
 
Langkah 1: Pilih Penghantar yang mengendalikan pesanan anda
Langkah 2: Klik pada Taip mesej
Langkah 3: Masukkan Mesej anda dan tekan Hantar
 
Petua Perbualan 
 
  • Kekalkan mesej ringkas dan jelas.
  • Elakkan perbualan panjang—penghantar kami sering berada di jalan.

Permintaan Munasabah:
 
  • "Sila tinggalkan bungkusan di hadapan pintu saya."
  • "Sila hubungi saya apabila sampai."
 
❌ Permintaan Tidak Munasabah:
 
  • "Hantar tepat jam 3:15 petang."
  • "Tukar alamat penghantaran saya sekarang."
  • "Belikan kopi ais untuk saya, terima kasih."
 
Etika Berbalas Mesej: Apa yang Sesuai & Tidak Sesuai 
 

Situasi

Maklum Balas Baik✅

Maklum Balas Tidak Sesuai ❌

Penghantaran sedang dalam perjalanan

· "OK, baik"

· “Sila tolong serahkan kepada jiran saya, terima kasih”

· "Jam berapa sampai?"

· “Walao, mana parcel saya?”

· “Kenapa lambat sangat ni?”

Memberi arahan awal

· "Letakkan di hadapan pagar atau pondok pengawal saya"

· "Mohon pastikan bungkusan sampai hari ini sebab saya perlukan segera"

· "Hantar ke rumah kawan saya ganti pukul 3:15"

· "Bang, belikan kopi ais satu, tqtq"

Bungkusan telah dihantar 

N/A

· Arahan diberikan kepada penghantar selepas bungkusan dihantar
· Contoh: “Sila hantar bungkusan saya ke pejabat saya sahaja, terima kasih”

Bungkusan dihantar ke lokasi yang betul, tetapi terdapat masalah

Jika ada isu, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee dan bukan rider terus 

 
⚠️ Nota:

  • Penghantar mungkin mengambil masa untuk membalas dan hanya akan memenuhi permintaan berdasarkan faktor keselamatan dan kebolehlaksanaan.

Aduan: Bungkusan Hilang atau Penghantar Biadab

Untuk pengesahan penghantaran, anda boleh pelajari cara menyemak Proof of Delivery (POD). Jika POD tidak jelas, buat aduan melalui Borang Pertanyaan Pick Up / Drop Off. Untuk bahasa kasar atau tingkah laku tidak sopan, laporkan melalui Borang Maklum Balas & Cadangan.

⚠️ Peringatan Penting:

🚨 Semak Pemberitahuan Anda: Pastikan pemberitahuan aplikasi Shopee anda DIBUKA.
📌 Komunikasi Berhemah: Hormati penghantar dan jangan kongsi maklumat peribadi sensitif.
💡 IAC Hanya untuk Isu Penghantaran: Untuk isu lain (cth: pesanan, bayaran), hubungi Khidmat Pelanggan Shopee.
Was this article helpful?
Yes
No